Kali ni nak guna Bahasa Melayu la pulak. Skang bukan pasal gadget ke, photography ke, gambo ke, video ke or ape-ape yang tak berkaitan.
Dah nama pun Hari Ibu, aku pun nak citer la sikit pasal mak aku. Puan Bahayah binti Haji Abdul Latif lahir pada 3 Mac 1964. Tak sampai setahun Malaysia baru ada. Dulu dia sekolah kat Sekolah Kebangsaan Titi Gajah (1971-1976) sampai darjah 6. Memang la. Mana ada darjah 7. Selepas tu dia sambung kat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (1977-1981). Dia tamat persekolahan pun kat sekolah tu jugak.
Bab sukan ni memang tak dapat dipertikaikan lagi. Semua acara sukan yang melibatkan larian jarak jauh, semua dia sapu. Tu takpa lagi, paling hebat dia lari tak pakai kasut. Kita la ni kalo lari bukak kasut atas jalan tar tu, terlompat-lompat la sakit. Orang dulu tak. Lagi laju ada la. Acara faveret sama macam aku iaitu 400M, 800M dan 1500M. Orang sampai cakap, "Anak Pak Latif ni tak letih-letih!". Camna tak letih, pi sekolah berlari, balik pun berlari. 11 tahun training kot.
Habis sekolah, mak aku mula berkhidmat di Specialist Maternity Hospital (1982) dan kemudiannya ke Kang Specialist Maternity Hospital (1985). Bila dah berpengalaman dalam bidang perubatan ni, mak aku pun berpindah ke Pusat Pakar Utara atau dengan nama barunya Kedah Medical Centre (KMC) dari tahun 1987 sampai 2006. Sepanjang kat KMC, mak aku pun sambung la belajar kat Puteri Nursing College (1995) untuk jadi Assisstant Nurse. Pastu skali lagi mak aku sambung belajar di kolej yang sama pada tahun 2000 untuk jadi Staff Nurse. Kiranya macam nurse lesen penuh la. Macam amek lesen moto, macam lesen B full.
Dah tahun 2006, mak aku pun mula melonjakkan kariernya ke tahap antarabangsa dengan pi kerja di Riyadh Military Hospital, Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia. Amat jauh okay. Time tu pulak aku baru masuk IPBA. Lagi la rindu. Mak aku kata nak masuk hospital sana macam nak masuk medan perang. Dengan kereta kebalnya, turret, machine-gun, askar berkawad sana-sini depan hospital. Tapi bila masuk dalam hospital, memang rupa hospital la. Takde la macam medan perang jugak.
Balik ja mak aku dari Riyadh, dia rehat la kejap kat rumah. Penat kot kerja sana. Jauh lak tu. Dalam rehat-rehat, mak aku terasa bosan plak. Dia tanya kawan-kawan dia ada tak kerja berkaitan kejururawatan. Tup tap tup tap, terus ada. Makcik Aida, Kawan mak aku, gtaw ada keje sebagai Clinical Instructor kt City University College, Kota Damansara. Kiranya macam pensyarah bahagian praktikal la mak aku ni. Keje dia selalunya di hospital la dan sekarang ni dia kat Hospital Baling, Baling, Kedah. Selalu tukar hospital la mak aku, aritu kat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.
Jom kita rewind sikit tape. Pada 25 November 1985, mak aku selamat diijabkabul dengan ayah aku, Rozaini bin Mohamed. Selepas setahun (12 September 1986), mak aku melahirkan kakak aku, Farissyamimi binti Rozaini dan kemudiannya aku (12 Oktober 1988). Selang beberapa tahun aku jadi adik, mak aku melahirkan dua lagi adik aku iaitu Alang, Farissyafini binti Rozaini (6 Januari 1993) dan Adik, Farissyazwani binti Rozaini (8 Januari 1995). Aku pun jadi abang garang la lepas tu. Dah tak jadi adik comel.
Itu sajalah dapat aku ceritakan pasal mak aku. Tanya sana-sini sikit2, dapat la maklumat berkaitan beliau. Mak aku ni seorang yang tabah and garang. Dulu aku selalu kena tibai sebab nakal sangat. Tapi aku suka mak aku garang dengan aku. Tu tandanya dia sayang aku.
Sampai situ saja kot dapat aku tulis pasal mak aku. Time dah abeh exam ni la nak dapat tulis camni. Kalo tak, nak upload 1 gambo pon susah. Pape pun, aku sudahi post kali ni dengan ucapan dibawah, khas untuk mak aku.
I LOVE YOU MAK!
Terima kasih kerana membaca.
Salam.
No comments:
Post a Comment