Wednesday 25 August 2010

Sony SLT A55/A33 dan Stop-motion video

Salam.

Dunia fotografi tidak asing lagi di zaman sekarang dengan kamera digital SLR mampu dimiliki ramai orang kerana harganya yg murah.

Perkembangan teknologi kamera digital SLR juga semakin hebat sehingga ada model terkini yang mampu merakam video sehingga Full HD 1080. Tetapi saya tetap rasa kebolehan mengambil video tidak perlu ada pada kamera digital SLR. Namanya kamera untuk ambil gambar, maka tidak perlulah video. Malah, jika kamera ini selalu digunakan untuk merakam video, sensornya akan cepat panas dan rosak.



Sony telah mengeluarkan Sony SLT A55 & A33 dengan teknologi terbaru iaitu translucent mirror. Apa yang dimaksudkan disini ialah kebanyakan kamera mempunyai cermin yang memantulkan semula cahaya untuk mendapatkan aperture yang lebih baik tetapi teknologi ini membenarkan sebahagian besar cahaya melepasi cermin dan msuk ke sensor. Ini tidak bermakna kualiti aperturenya kurang tetapi pantulan pada sensor dari cahaya yang melepasi cermin itu mampu meningkatkan exposure dan aperture. Selain itu, ia juga mengekalkan 15-point focus semasa dalam exposure.

 

Saya selalu membaca tentang teknologi dan saya merasakan ini ialah kali pertama Sony mengeluarkan produk yang lebih baik daripada sebelumnya. Sebelum ini, boleh dikatakan Sony hanya mampu mengeluarkan produk yang dinaiktaraf daripada produk sebelumnya tetapi kali ini, mereka dapat berbangga dengan A55 & A33.

Jika kamu berminat untuk membuat video tetapi hanya mempunyai kamera digital SLR, kamu boleh membuat video stop-motion di mana kamu akan mengambil setiap pergerakan dengan gambar dan menjadikannya video. Kamu kurang faham? Tidak mengapa. Sila lihat video dibawah ini untuk memahaminya.



Agak menarik kan? Ini mampu dilakukan oleh kamera digital SLR yg biasa atau kamera compact. Ia akan menjadi lebih menarik jika kamu melakukannya dengan memasang kamera pada tripod supaya gambar tidak akan bergerak-gerak. Video diatas dihasilkan daripada 2600 gambar. Jika anda mahu yang lebih hebat, buat la sampai sejuta. Mesti halus pergerakannya.

Semoga kamu mampu membuat stop-motion yang hebat dengan menggunakan kamera kamu.

Salam

No comments:

Post a Comment